Pemandu limo Kim Kardashian di Paris tahun lalu kini dibebaskan dari tahanan reman dan dilaporkan bukan seorang suspek untuk kes rompakan bersenjata ke atas Kim yang mengalami kerugian lebih US$10juta.
Mengikut laporan antarabangsa, Michael Madar dibebaskan tanpa sebarang tuduhan jenayah. UNIC Worldpass memberitahu yang mana Madar ditahan reman hanya bertujuan menjadi saksi ke atas kes tersebut.
Madar dibawa ke balai polis oleh polis Perancis untuk sesi soal siasat berkaitan dengan kes rompakan bersenjata ke atas selebriti ternama itu yang berlaku di sebuah hotel di Paris yang didiami oleh Kim pada Oktober tahun lalu.
Tahanan lain yang disyaki untuk kes tersebut berusia di antara 23 ke 73 tahun dan boleh ditahan lebih dari 96 jam untuk soal siasat. Selepas kejadian tersebut, Kementerian Dalam Negeri Perancis berjaya mendedahkan lima orang penjenayah yang mengugut individu yang bekerja di rumah agam tersebut dengan senjata, menggarinya dan memaksa individu tersebut untuk membuka apartment peribadi yang didiami oleh Kim itu.
Dua orang lelaki bertopeng dan bersenjata berjaya memasuki apartment Kim dan pada ketika itu, Kim merayu sepenuh hatinya untuk hidup kerana dirinya diugut dengan pistol dan dipaksa untuk mendiamkan diri di tab mandi serta mulutnya dilekat dengan pita pelekat.
Mujur pada ketika itu dua anak Kim, North West dan Saint West tiada di lokasi kejadian. Menerusi musim akan datang realiti tv Keeping Up With The Kardashaians, terlihat seakan Kim mahu berkongsi cerita tentang kejadian buruk yang berlaku kepada dirinya itu.
Ia boleh dilihat menerusi video promo program tersebut yang memaparkan selebriti popular itu menitiskan air mata mengenang kembali nasib yang berlaku kepada dirinya pada waktu itu.
“Mereka ingin menembak saya dari belakang,” Kim memberitahu adik-beradiknya. “Ia tiada jalan keluar. Ia membuatkan saya sangat sedih memikirkan kembali insiden itu,” ujarnya.
Paparan yang menunjukkan kesan trauma yang dialami Kim bakal dipaparkan di dalam program realiti ini tidak lama lagi.