Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Neelofa yang ke-28, Naelofar Hijab tampilkan dua koleksi edisi terhad Lady Lofa dan Lady Lofa Luxe.
Koleksi istimewa ini bercirikan pepatung yang mana dipilih kerana ia menjadi simbolik perubahan dan penemuan identiti diri. Tahun lalu, Neelofa menampilkan koleksi Lady Love untuk menyambut hari ulang tahun kelahirannya.
Ketika acara pelancaran berlangsung di White Box Publika, Neelofa yang mana pelopor Naelofar Hijab mengumumkan yang mana koleksi ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 20,000 helai sahaja. Pada masa yang sama, Naelofar Hijab turut membuka stor keduanya pada 1 Februari lalu di pusat beli-belah, Publika Kuala Lumpur.
Yang istimewanya lagi, pembeli bertuah koleksi Lady Lofa Luxe bakal memenangi tas tangan Dior yang berkonsepkan pepatung bernilai RM22,000.
Proses memenangi tas tangan tersebut akan diumumkan kelak. Pada acara yang sama, Neelofa turut diraikan dengan kek bertatahkan batu permata Swarovski yang bernilai RM20,000.
Acara tersebut turut dihadiri oleh rakan artis termasuklah Awal Ashaari dan Scha Alyahya berserta rakan media dan stokis.