“Kekuatan, kecerdikan, dan optimisme yang dimilikinya akan menjadi bahagian penting dalam menerokai semula keseronokan kisah dongeng klasik Disney,” katanya.
Filem ini dikatakan akan memaparkan jalan cerita yang lebih mendalam dan muzik hebat hasil ciptaan Benj Pasek dan Justin Paul. Ia dijadualkan akan memulakan penggambaran pada 2022.
Ini bukanlah filem pertama lakonan penyanyi dan bintang YouTube ini. Rachel turut membintangi filem pembikinan semula West Side Story yang dijadualkan menemui penonton pada akhir tahun ini, juga Shazam! Fury of the Gods yang akan ditayangkan pada 2023.
Foto: Today