Are you a true TikTokers? Jika ya, lagu-lagu yang kami senaraikan ini pasti mengundang anda untuk terus meluncur di akaun TikTok, kerana inilah lagu yang anda sering lihat dan dengari di TikTok tahun ini.
TikTok membuktikan bahawa it’s only take 15 second untuk sebuah lagu itu melekat dalam kepala anda, dan sebab itu kebanyakan lagu-lagu ini juga sudahpun berada di dalam carta Billboard kerana sering dimainkan di TikTok, ini merupakan salah satu platform baru yang kami percaya dapat menaikkan nama penyanyi-penyanyi generasi baru dalam mempromosi lagu-lagu mereka, begitu juga dalam popularkan semula lagu-lagu lama, buktinya sudah dilihat dalam fenomena #ObsessedChallenge yang menaikkan semula lagu Obsessed Mariah Carey ke tangga #23 dalam carta Billboard tahun lepas.
TikTok punya dunia yang tersendiri, ia hidup tanpa menghiraukan akan lagu-lagu yang sering dimainkan di radio atau di stream hari ini, dan aplikasi yang popular dikalangan generasi Z ini kekal jadi aktiviti yang buat kita menari berseorangan di dalam bilik, have fun and trying to stay-up-to-date with social media world today. EH! percaya sepanjang tempoh PKP ini ramai juga antara kita yang sudah tidak malu dan jadi yakin untuk memuat naik video di TikTok, other than make fun of our self, ini juga jadi aktiviti yang seronok untuk dicuba di rumah bersorangan atau bersama keluarga.