Cristiano Ronaldo berdepan detik sukar dalam hidup apabila salah seorang bayi kembarnya yang berjantina lelaki disahkan meninggal dunia.
Khabar duka itu dikongsi Ronaldo dan teman wanitanya, Georgina Rodriguez menerusi satu kenyataan bersama yang dimuat naik di akaun Instagram masing-masing pada tiga hari lalu.
Manchester United (MU) kemudiannya mengesahkan bintang Portugal itu tidak akan menghadiri perlawanan menentang Liverpool pada hari Selasa kerana sedang meratapi pemergian anaknya.
“Keluarga lebih penting daripada segalanya dan Ronaldo menyokong insan tersayang dalam hidupnya pada saat yang amat sukar ini,” tulis satu kenyataan.
Foto: WireImage/Instagram