Walau tidak menyertai perlawanan Liga Perdana itu, penyokong Liverpool dan MU yang hadir dilihat memberi penghormatan istimewa kepada Ronaldo atas kematian bayi lelakinya.
Ketika perlawanan di Anfield, peminat memberi tepukan gemuruh pada minit ketujuh permainan sempena nombor jersi bapa kepada lima cahaya mata itu sambil menyanyikan lagu You’ll Never Walk Alone.
“Begitulah ukhuwah yang sepatutnya dalam bola sepak, semua persaingan diketepikan pada waktu ini. Hanya satu perkara yang penting iaitu mempunyai kelas,” ujar pengurus Liverpool, Jurger Klopp selepas sesi perlawanan berakhir.
Perlawanan itu menyaksikan MU tewas di tangan Liverpool dengan 4-0. Pengurus interim MU, Ralf Rangnick juga masih belum memaklumkan bilakah Ronaldo akan kembali beraksi di padang.