Oktober tahun lalu Ronaldo berkongsi satu khabar gembira bersama peminat bahawa dia sedang menantikan kelahiran anak keempat dan kelima.
Bintang Portugal itu berkongsi satu swafoto dirinya dan Georgina sedang berbaring di atas katil sambil memegang dua foto imbasan bayi yang ketika itu baru berusia tiga bulan. Keceriaan jelas terpancar di wajah pasangan itu.
“Dengan rasa sukacita saya ingin mengumumkan bahawa kami sedang menantikan kehadiran cahaya mata kembar. Hati kami dipenuhi dengan keterujaan dan rasa cinta,” tulisnya.
Ronaldo kini memiliki lima cahaya mata iaitu Cristiano Jr, 12, pasangan kembar Eva dan Mateo, 5, Alana Martina, 4, dan bayi perempuan berusia tiga hari yang namanya masih belum didedahkan kepada umum.
Foto: Football-espan
Baca: “Saya 1,000% Yakin” – Cristiano Ronaldo Ulas Isu Perkahwinan