Taylor Swift Tampil Memberi Penjelasan
Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh peminat di Twitter, penyanyi itu menjelaskan tentang perubahan senarai lagunya di konsert Arlington.
“Satu perkara yang kami katakan mengenai Eras Tour, ‘Anda fikir anda boleh membuat carian dalam talian mengenai senarai lagu yang akan kami persembahkan? Anda fikir anda boleh datang dalam keadaan bersedia?’ Apa yang boleh kami katakan mengenai konsert ini: Kami licik. Kami menikmati senarai lagu yang berubah-ubah.”
Bagaimanapun ramai percaya itu hanyalah alasan yang diberikannya agar peminat tidak dapat menghidu berita perpisahan mereka ketika itu. Namun itu bukanlah satu-satunya petunjuk yang berjaya dibongkar netizen. Mereka juga percaya bahawa perpisahan itulah yang menjadi punca mengapa Taylor Swift mengalirkan air mata sewaktu mempersembahkan lagu Champagne Problems di Glendale, Arizona. Lagu itu berkisar tentang menolak lamaran seseorang dan menampilkan lirik, “One for the money, two for the show/I never was ready so I watch you go.”
Perhubungan Taylor Swift dan Joe Alwyn diketahui umum pada 2017, bagaimanapun mereka dilaporkan mula bercinta pada 2016. Pasangan itu juga dikhabarkan telah pun bertunang pada tahun lalu namun kesahihan berita itu tidak dapat dipastikan. Sejak menjalin hubungan, Taylor Swift telah mengeluarkan enam album dan kebanyakan lagunya dalam Reputation, Lover, Folklore, Evermore dan Midnights dipercayai berkisar tentang Joe Alwyn.
Baca: Ini 7 Lagu Popular Taylor Swift Perli Bekas Teman Lelaki