Seorang pengguna Twitter, @milkievich memuat naik tangkapan layar daripada beberapa wanita yang merupakan bekas rakan sekolah Percy di Toronto.
Menurut ciapan tersebut, Percy yang ketika itu berusia antara 17 hingga 20 menganjurkan parti bersama rakan-rakan di rumahnya dan dengan sengaja menjemput gadis seksi bawah umur untuk membuatkan mereka mabuk sebelum menjalin hubungan ranjang.
Dia juga dituduh melakukan serangan seksual, menghantar foto bogelnya kepada para gadis serta memanggil mereka dengan gelaran menghina dan menyinggung perasaan.