“Dia mendekati, melakukan hubungan ranjang, dan menyerang secara seksual seorang rakan saya yang ketika itu baru berusia 13 ke 14 tahun.”
“Dia menyerang saya di sebuah parti ketika saya mabuk, dia juga pernah melakukan serangan seksual terhadap beberapa rakan saya. Dia juga mempunyai beberapa tuduhan rogol serta akan mentertawakan mangsa, berkongsi foto bogel dalam talian tanpa kerelaan mangsa, dan sebagainya,” tulis pengguna Twitter.
Menurut @milkievich yang merupakan bekas rakan sekolah Percy, pelakon itu akan menghina para gadis yang menolak ajakan seks dengan panggilan jelek seperti gemuk, perempuan jalang, hodoh, penipu dan beberapa lagi perkataan buruk.
Tanda pagar #cancelpercy kini sedang hangat di Twitter malah peminat siri Wednesday turut mendesak Netflix agar menggugurkan aktor berusia 22 tahun itu daripada barisan pelakon untuk musim kedua.
Baca: Steven Tyler Disaman Atas Tuduhan Serangan Seksual & Pengguguran Paksa