Menurut sumber, Kim membuat keputusan untuk bercerai apabila Kanye bertindak memalukan diri sendiri dengan bertanding menjadi Presiden Amerika Syarikat pada Julai 2020.
Sewaktu kempen pilihan raya pertama, penyanyi itu mendedahkan kepada hadirin bahawa Kim pernah bercadang untuk menggugurkan anak pertama mereka, North.
Kanye berkata, terdapat beberapa pil di dalam genggaman tangan isterinya. “Anda tahu, jika anda menelan pil tersebut, segalanya selesai – bayi tersebut meninggal dunia.”
Menurut US Weekly, perbuatan melampaui batas itu menyebabkan Kim enggan lagi hidup bersama Kanye.
Ini merupakan perceraian ketiga buat Kim. Sebelum ini dia pernah mendirikan rumah tangga bersama penerbit muzik, Damon Thomas dari 2000 hingga 2014 dan pemain bola keranjang, Kris Humphries dari 2011 hingga 2013.
Foto: Presley Ann/Getty Images for American Influencer Awards
Baca: 10 Momen Bahagia Kim Kardashian & Kanye West Sebelum Bercerai