Impian peminat K-Drama untuk melihat pasangan sama cantik sama padan ini bersatu akhirnya menjadi kenyataan!
Menurut portal eksklusif Korea, Dispatch beberapa hari lalu, pelakon utama drama Crash Landing on You ini menjalin hubungan cinta secara senyap sejak Mac 2020, lapan bulan lalu.
Dispatch juga berkongsi foto rakaman di mana Hyun Bin dan Son Ye-Jin dilihat mengunjungi kelab golf di daerah Gangwon dan menghabiskan masa melakukan aktiviti tersebut di sana.
Sebelum ini, pasangan tersebut menafikan terdapat sebarang hubungan istimewa di antara mereka. Namun satu sumber mendedahkan, “sejak tayangan drama tersebut habis dan mereka tidak lagi bertemu, kedua-duanya saling merindu dan membuat keputusan untuk menjalin hubungan cinta.”
Tiga hari lalu, agensi pengurusan Hyun Bin (VAST Entertainment) dan Ye-Jin (MS Team Entertainment) mengesahkan perkara ini. “Mereka berkenalan melalui projek drama. Sebaik sahaja tamat penggambaran, cinta mula berputik di antara mereka. Kami berharap anda terus menyokong mereka di masa akan datang.”
Dan nampaknya Ye-Jin sendiri sudah mengesahkan berita tersebut di Instagram miliknya.
“Selamat tahun baru. Muncul di hadapan anda semua dengan cerita peribadi berbanding kerjaya buat pertama kali, entah kenapa saya berasa begitu segan sekali. Ya, cerita tersebut benar. Saya tak tahu apa nak dikata, tapi saya rasa saya patut katakan sesuatu kepada anda semua. Ia terasa sangat janggal dan pelik. Saya bersyukur kerana berjumpa dengan insan yang baik (Hyun Bin), dan saya akan jaga perhubungan ini sebaiknya…
“Kasih sayang dan sokongan yang anda semua berikan kepada saya, saya sentiasa simpan di dalam hati. Saya berharap akan ada lagi perbara baik berlaku pada tahun ini. Jaga diri.”
Semoga selamat sehingga ke jinjang pelamin!
Foto: Wowkeren.com