“Saya tidak pasti bagaimana jenaka mengenai pemindahan organ boleh ditayangkan di televisyen, namun malangnya ia berlaku.
“Saya berharap lain kali apabila jenaka tidak beradab seperti ini dibincangkan dalam mesyuarat penulis skrin, ia akan terus dipadam dan tidak disiarkan di kaca televisyen,” tulisnya.
Ini bukanlah kali pertama masalah kesihatan pelantun lagu Lose You To Love Me itu dipersenda. Tahun lalu, siri Saved by The Bell yang disiarkan di saluran Peacock mencetuskan kontroversi apabila menjadikan pembedahan Selena sebagai bahan jenaka.