Salah satu episod memaparkan babak yang menunjukkan sekumpulan pelajar di Bayside High cuba meneka identiti penderma buah pinggang Selena, serta beberapa jenaka lain mengenai kesihatan penyanyi itu.
Setelah mendapat kecaman daripada peminat-peminat Selena, Peacock membuat permohonan maaf menerusi satu kenyataan, menyunting babak tersebut dan berjanji untuk memberi sumbangan kepada yayasan kebajikan yang diasaskannya, The Selena Gomez Fund For Lupus Research.
Penyanyi itu kemudian merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat-peminatnya menerusi satu ciapan di Twitter. “Peminat saya sentiasa ada di belakang saya. Love you. Jika anda sihat, mendaftarlah sebagai penderma organ,” tulisnya.
Foto: Micaiah Carter/Allure
Baca: Selena Gomez Dedah Isu Yang Menjejaskan Kesihatan Mentalnya