Times Of India melaporkan, pihak NCB berjaya merampas 13 gram kokain, 21 gram kanabis, 22 pil ecstasy dan 5 gram mephedrone.
Aryan pada awalnya ditahan atas tuduhan membeli, menggunakan dan menjual bahan terlarang. Perbualan WhatsApp miliknya juga diperiksa untuk membantu siasatan.
Setelah melalui proses soal siasat, dia diletakkan di bawah tahanan NCB sehingga 7 Oktober dan tidak dibenarkan ikat jamin.