Walau anak sulung Raja Bollywood ini pada awalnya dikatakan tidak bersalah, namun siapa sangka penangkapan ini membongkar tindak tanduknya selama bertahun-tahun.
Ketika sesi soal siasat, dia mengakui telah mengambil dadah selama empat tahun termasuk ketika menetap di Dubai dan United Kingdom.
Pengakuan ini dibuat dengan linangan air mata di hadapan pihak NBC, sekali gus seperti mengesahkan penglibatannya dalam pesta dadah di atas Cordelia.