Diadaptasi daripada buku berjudul Enzo Ferrari – The Man and the Machine oleh Brock Yates, filem itu telah pun memulakan penggambaran di jalan-jalan besar di Itali dan dijangka bakal menemui penonton di layar perak pada 2023.
Ini merupakan kali kedua Adam memainkan watak sebagai tokoh Itali selepas penampilannya dalam House of Gucci arahan Ridley Scott tahun lalu yang meraih pujian ramai.
Dia menggalas peranan sebagai mogul fesyen, Maurizio Gucci yang mati dibunuh pada usia 46 tahun dalam plot yang didalangi oleh isterinya Patrizia Reggiani, lakonan Lady Gaga.
Baca: Penampilan Bradley Cooper Dalam Filem Terbaharu Mengejutkan Peminat