Secara keseluruhan, orang ramai berpendapat bahawa majalah fesyen dan gaya hidup lelaki itu ‘berjaya’ mentransformasi pelakon yang terkenal dengan wajah tampan menjadi sebaliknya.
“Amat mengecewakan melihat GQ ‘membunuh’ Brad Pitt dan mempamerkan mayatnya di kulit majalah mereka,” ciap Scott Russell, editor muzik majalah Paste.
“Sesiapa yang memilih foto itu sebagai penghias kulit majalah GQ seharusnya dipecat.”
“Pasti ada kakitangan GQ yang membencinya. Foto itu seperti berkata, ‘Keadilan buat Angelina Jolie.’”
“Brad Pitt kelihatan seperti mayat sebenar,” ciap beberapa lagi pengguna Twitter.