Menerusi satu perkongsian di Instagram, penampilan Bradley sebagai Leonard mencuri perhatian ramai kerana fizikalnya hampir tidak dikenali.
Netflix memuat naik beberapa foto pelakon itu dalam dua versi; sewaktu zaman muda Leonard dan ketika kerjayanya berada di kemuncak di mana dia kelihatan jauh lebih berusia.
Selain menggalas watak utama, Bradley turut bergelar pengarah untuk filem itu. Ini merupakan filem kedua arahannya selepas A Star Is Born yang menerima tujuh pencalonan dalam Anugerah Akademi Ke-91.