Harry baru-baru ini bercakap mengenai inspirasi di sebalik lagu Music For A Sushi Restaurant dalam satu temu bual bersama NPR.
“Saya berada di sebuah restoran sushi di Los Angeles bersama penerbit dan tiba-tiba sebuah lagu ciptaan kami dimainkan. Penerbit saya berkata ia sesuatu yang pelik untuk didengari di sebuah restoran sushi.
“Kemudian saya terfikir, ia boleh menjadi tajuk album yang sangat menarik. Bagaimanapun apabila lagu itu mula dihasilkan, saya membuat keputusan untuk menjudulkannya Music For A Sushi Restaurant,” jelasnya.
Ia merupakan lagu ketiga daripada album studio terbaharunya, Harry’s House. Video muzik Music For A Sushi Restaurant telah pun meraih 11 juta tontonan di YouTube sejak dilancarkan lima hari lalu.
Baca: 15 Perkara Anda Mungkin Belum Tahu Mengenai Harry Styles