Walaupun tidak hadir ke Met Gala 2021, Kanye West dikatakan membantu Kim menata gaya penampilannya. Menurut sumber, pelantun lagu Donda itu yang bertanggungjawab memperkenalkan Kim kepada Demna Gvasalia, Pengarah Kreatif Balenciaga.
“Penampilan Kim adalah penyataan fesyen dan sub-budaya baharu. Tiada logo, tiada wajah, namun semua orang tahu itu adalah Kim. Kanye memberinya keberanian untuk menerokai kreativiti dan imaginasi melalui seni. Ia keyakinan terunggul,” menurut sumber.
Kim turut tampil dengan gaya serupa ketika tiba di New York City untuk acara Met Gala, juga di acara memperdengarkan lagu daripada album terbaharu Kanye, Donda.