Selepas empat tahun menjalin cinta secara rahsia, Robert Pattinson dan Suki Waterhouse akhirnya tampil bersama di acara karpet merah sebagai pasangan kekasih.
Menurut Vogue, Robert dan Suki menghadiri pertunjukan Dior Fall 2023 Menswear Collection yang diadakan pada hari Sabtu lalu di Kaherah, Mesir sambil berpimpin tangan.
Pasangan itu kelihatan segak dan anggun dalam persalinan Dior ketika muncul di Great Pyramid of Giza. Robert menyarung sut serba putih bersama turtleneck kelabu yang dipadankan dengan kasut gelap.
Model, pelakon dan penyanyi itu pula begitu menawan dalam gaun labuh rona merah senduduk yang jarang di bahagian dada serta lengan. Gincu merah menyala dan dandanan ikal mayang menambah seri pada penampilannya.