Pelakon dan penyanyi itu sebelum ini memberi kredit kepada gaya hidup sihat serta diet vegan atas penampilan muda yang dimilikinya.
“Ia mungkin disebabkan diet dan tidur yang mencukupi. Jika anda melakukan perjalanan jarak jauh atau tidak cukup tidur, saya pasti ia tidak akan bertahan,” katanya kepada majalah Rolling Stone pada 2016.
“Saya tidak pernah makan daging. Tetapi jika ibu seseorang membuat biskut dan menghulurkanya kepada saya, saya mungkin akan jamah sedikit. Atau jika saya berada di Alaska dan terjumpa salmon liar di tepi sungai, saya mungkin akan makan.”
Foto: Getty Images
Baca: 10 Filem Terbaik Lakonan Jared Leto Selain House Of Gucci