Menerusi hantaran yang sama, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu ini meluahkan rasa kesyukuran kerana doa-doanya dimakbulkan.
“Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah, mendengar doa kami. Tidak dapat digambarkan perasaan gembira saya. Terlalu lama saya tidak merasai kegembiraan mempunyai tubuh yang sihat.
“Saya pernah berputus asa untuk berjuang. Kadang saya cemburu dengan kesihatan orang lain, tetapi saya yakin suatu hari nanti akan ada keajaiban daripada Sang Pencipta. Allah Maha Baik!,” luahnya.