Pelakon Dunia Baru ini turut berkongsi sekeping foto dirinya sedang menjalani rawatan kimoterapi. Tambahnya, ia merupakan rawatan kelima dan dia perlu menjalani beberapa lagi sesi kimoterapi untuk mengawal sel barah di dalam tubuhnya.
Akhir tahun lalu Elyana mendedahkan sel kansernya telah merebak ke bahagian hati, pangkal paha dan rahim sekali gus menyebabkan tubuhnya susut.
Sepanjang bertarung dengan kanser itu, dia telah menjalani lebih 20 kali rawatan kimoterapi dan 30 sesi radioterapi.