Walau berdepan dengan sesi rawatan menyakitkan dan kesan sampingan yang teruk selama bertahun-tahun, Elyana tidak sesekali berputus asa.
Jelasnya, dia nekad untuk kembali sembuh supaya dapat terus bermain dengan dua cahaya matanya, Cinta Sumayyah, 10 dan Cahaya Ramadhani, 2.
“Walau apa pun cabarannya, saya akan cuba harungi untuk kembali sihat demi anak-anak. Saya masih lagi ingin bermain dengan mereka dan tidak mahu terbaring sepanjang masa,” katanya.
Pelantun lagu Kalis Rindu ini menghidap kanser limfoma tahap empat sejak sebelas tahun lalu namun hanya berkongsi perkara itu bersama peminat pada 2017.
Foto: Instagram