Pelakon popular, Nad Zainal berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan-pendarahan paru-paru di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, Selangor.
Doa pada Nad Zainal memenuhi laman media sosial hari ini dimana sejumlah rakan artis tempatan dan media, turut bersama peminat mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan pelakon Cinta Buat yang kini dilaporkan sedang kritikal di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor.
Rakan rapat kepada Nad, Ungku Ismail Aziz berkongsikan lampiran terkini tentang kesihatan Nad serta keadaannya yang dibawa ke hospital melalui talian kecemasan ambulans. Kata Ungku, Nad kelihatan luar sihat namun ada sesuatu yang tidak senang tentang Nad kerana dia sering berasa letih dan pening.
Kesihatannya membuatkan ahli keluarga dan rakan terdekat menasihati Nad untuk membuat pemerikasaan kesihatan lantas dibawa ke hospital kecemasan. Tambah Ungku lagi, sehari selepas menunggu keputusan, Nad diberitahu oleh doktornya bahawa paru-paru dipenuhi dengan darah. “Rawatan akan dilakukan secara sedut untuk mengeluarkan lebihan darah keluar dari paru-paru. Kesan dari rawatan ini akan membuatkan Nad berasa lemah dan sakit badan. Oksigen dalam badan turut berturun tetapi semua orang kenal Nad seorang macam mana. Keperibadian beliau, seorang yang kuat dan periang. Ungku mohon doa dari semua, doakan Nad Zainal sihat kembali, dipermudahkan. Tidak kira dimana anda berada sama ada di Mekah atau sedang memandu, mohon panjatkan doa buat Nad Zainal”.
Salah seorang rakan karibnya, Aina Liza, dalam satu laporan berita hari ini berkata, Nad berada di bawah rawatan rapi (ICU) selama dua hari di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, Selangor.
Artikel berkaitan: Lima Fakta Menarik Tentang Ghanim Al Muftah, Ikon Belia Majlis Pembukaan Piala Dunia Qatar