Pada usia 27 tahun, Curry Barker sudah membuktikan dirinya sebagai antara pengarah muda yang semakin mencuri perhatian dalam dunia perfileman.
Dalam era media sosial yang melahirkan ramai pembikin kandungan kreatif, tidak ramai berjaya menembusi industri perfileman dengan identiti yang begitu tersendiri. Namun, Curry Barker membuktikan bakatnya bukan sekadar menghasilkan video pendek, malah berjaya mengembangkan bakatnya ke layar perak menerusi karya-karya bergenre seram dan thriller yang mendapat pujian kerana gaya penceritaan serta visual sinematiknya.
Terbaharu, Barker kembali menjadi bualan apabila mengarahkan Obsession, sebuah filem seram psikologi yang terus mengukuhkan reputasinya sebagai pengarah generasi baharu yang berani bereksperimen. Dengan sentuhan visual yang mencengkam dan naratif yang penuh misteri, Obsession membuktikan bahawa usia muda bukan penghalang untuk menghasilkan karya yang meninggalkan impak. Selain filem terbaharu itu, berikut merupakan beberapa karya lain yang memperlihatkan evolusi pengarahan Curry Barker.
Obsession (2026)
Filem seram psikologi terbaharu arahan Curry Barker yang menampilkan naratif penuh misteri dan ketegangan. Obsession mengukuhkan lagi reputasinya sebagai pengarah muda yang berani bereksperimen dengan penceritaan dan visual.
Milk & Serial (2024)
Karya yang melonjakkan nama Curry Barker ke pentas antarabangsa. Filem ini mengisahkan dua pencipta kandungan yang merancang satu prank ekstrem, namun gurauan tersebut bertukar menjadi mimpi ngeri yang sukar dikawal.
The Chair
Sebuah filem pendek yang mempamerkan kebolehan Barker membina suasana seram menerusi konsep yang ringkas tetapi meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.
Anything but Ghosts (2027)
Menampilkan dua penyiasat paranormal palsu terpaksa berdepan dengan hantu sebenar, sambil bergelut dengan penipuan di sebalik perniagaan tipu muslihat yang mereka sendiri bina.

Warnings (2023)
Sebuah filem pendek di mana Sean (Curry Barker) mula mempersoalkan asal-usul sekeping nota misteri yang ditemui pada keretanya apabila kejadian-kejadian aneh mula berlaku di sekelilingnya.
Real World (2019)
Antara karya awal Barker yang memperlihatkan minatnya terhadap penceritaan berasaskan emosi serta realiti kehidupan.

Life in Long Beach (2021)
Karya yang mengetengahkan kisah kehidupan seharian dengan sentuhan sinematik yang lebih santai berbanding filem-filem seram arahannya.
Contemplation (2020)
Sebuah filem pendek yang memberi fokus kepada tema refleksi diri, seorang gadis yang tenggelam dalam renungan mendalam mula mempertimbangkan untuk menamatkan riwayat hidupnya.

Enigma (2023)
Seperti judulnya, filem ini menyajikan sebuah kisah yang sarat dengan teka-teki dan misteri, sekali gus memperlihatkan kecenderungan Barker terhadap naratif yang mencabar penonton.
Drywall
Filem pendek, apabila dua sahabat terdengar pertengkaran dari sebalik dinding, keadaan dengan pantas bertukar menjadi mimpi ngeri.

Baca: Rancangan Lakonan Inde Navarrette, Bintang Filem “Obsession”
