Filem Crazy Rich Asians yang ditayangkan pada 2018 mencatat kejayaan luar biasa di seluruh dunia.
Hanya beberapa hari selepas Crazy Rich Asians mencatat kutipan box office, Warner Bros. mula merancang untuk membawa dua lagi karya trilogi Kevin Kwans, China Rich Girlfriend dan Rich People Problems ke layar perak.
Perancangan dan tindakan awal ini hadir dengan alasan yang baik; penonton nampaknya teruja mengenai segala yang berkaitan dengan Crazy Rich Asians. Namun kini selepas tiga tahun, masih tiada pengesahan bilakah sekuelnya akan menemui peminat.