Walaupun ramai membuat spekulasi bahawa pihak produksi tidak dapat mencari tarikh yang tepat untuk penggambaran disebabkan konflik jadual para pelakon, Henry Golding yang memegang watak sebagai jejaka kaya dari Singapura, Nick Young berpendapat sebaliknya.
“Semua orang menganggap barisan pelakon harus dikurung kerana masing-masing sibuk dengan jadual kerja. Namun hakikatnya Jon Chu yang perlu dikurung,” jelasnya berjenaka, merujuk kepada pengarah Crazy Rich Asians yang akan turut menjadi sutradara sekuel itu.
Chu terlibat dalam pelbagai projek antaranya filem drama-muzikal In The Heights yang baru-baru ini ditayangkan di pawagam dan HBO Max.