Salah seorang ahli kumpulan iaitu Jimin berkata, mereka telah melalui satu perjalanan yang agak sukar sebelum ini dan kini merancang untuk meneruskan projek solo masing-masing.
“Kami cuba mencari identiti kami dan itu adalah proses yang meletihkan serta panjang,” ujarnya.
Pengumuman itu nyata mengundang kekecewaan peminat di seluruh dunia memandangkan kumpulan itu kini berada di puncak kerjaya dan sering mengungguli carta muzik di Amerika Syarikat serta United Kingdom.