Pengurus di Big Hit Entertainment turut mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai perkara itu, menjelaskan tempoh rehat akan membolehkan BTS tampil sebagai pemuzik dan pencipta lagu.
“Sudah tiba masanya untuk mereka menikmati kehidupan seharian sebagai pemuda berusia 20-an yang biasa. Sekiranya peminat bertembung dengan anggota BTS di tempat tidak dijangka, kami meminta agar peminat menghormati privasi mereka,” katanya.
Disebabkan pengumuman itu, saham BTS turut merosot di mana HYBE kerugian sebanyak RM7.5 bilion nilai pasaran dalam bursa saham Korea.