Namun Khamis lalu HYBE mengesahkan BTS tidak akan berehat panjang dan frasa ‘hiatus’ yang digunakan adalah kesilapan terjemahan.
“Untuk penjelasan, mereka bukan mahu berehat panjang tetapi akan mengambil masa untuk menerokai projek solo buat masa ini dan kekal aktif dalam pelbagai format berbeza,” jelas jurucakap kumpulan itu kepada TMZ dan New York Post.
Walau akan menjayakan projek solo, mereka tidak akan berhenti berkolaborasi sebagai satu kumpulan. Malah ini bukanlah perkara baharu memandangkan setiap ahli kumpulan iaitu RM, J-Hope, Jimin, Jin, Jungkook, Suga dan V pernah melancarkan muzik solo masing-masing sebelum ini.
Baca: BTS Pecah Rekod Destiny’s Child Di Billboard Music Awards 2022