Pandangan Seorang Lagi Penonton Oppenheimer
Dalam babak lain filem itu, pihak produksi nampaknya menggunakan bendera yang tepat mengikut garis masa. Seorang penonton berkata apa yang dilihat sebagai satu kesilapan itu sebenarnya disengajakan. Ia bertujuan untuk menyampaikan ingatan subjektif Oppenheimer secara halus.
“Pada pendapat saya ia dilakukan dengan sengaja kerana babak berwarna adalah dari perspektif Oppenheimer iaitu ingatannya pada masa sekarang, selepas bendera 50 bintang diperkenalkan.”
Oppenheimer ditayangkan serentak dengan filem adaptasi arahan Greta Gerwig, Barbie yang mencatat kutipan tertinggi di pawagam. Salah seorang pengkritik filem menulis, “Ini adalah karya terbaik Christopher Nolan. Ia adalah kisah amat menakutkan yang disampaikan dengan pandangan tradisional terhadap imaginasi sinematik yang berseni dan maskular. Nolan mempersembahkan salah satu legasi abad ke-20 yang sering dipertikai – iaitu J Robert Oppenheimer, ‘Bapa Bom Atom’ – sebagai teka-teki matematik yang perlu diselesaikan.” Selain Cillian Murphy, filem ini turut dibintangi oleh Robert Downey Jr., Emily Blunt, Matt Damon, Rami Malek dan Florence Pugh.
Baca: 6 Filem Baru Wajib Tonton Di Pawagam Sepanjang Julai 2023