Pelantun lagu Palette, IU berkongsi bahawa dia mempunyai masalah psikologi dan membenci diri sendiri sejak kecil.
Pendedahan itu dibuat IU menerusi program You Quiz On The Block yang dihoskan oleh pengacara popular, Yoo Jae-suk.
“Ketika remaja saya membenci diri sendiri, saya berasakan diri tidak cantik. Semuanya berubah ketika usia menginjak 25 tahun.
“Dengan masalah insomnia yang saya alami, ia bagaikan menambah beban pada diri. Keyakinan saya hilang pada masa itu dan saya hampir membuat keputusan untuk berundur daripada industri seni,” ujarnya.