Siapa sangka, lagu Palette yang dilancarkan pada 2017 rupanya mengisahkan tentang dirinya sendiri yang kurang keyakinan sekali gus mahu bangkit daripada rasa negatif yang membelenggu.
“Dalam lirik lagu berkenaan ditulis bahawa saya sudah mula mengenal diri. Sebenarnya ia membawa maksud saya sudah dapat menerima kekurangan dan kekuatan saya. Saya akhirnya dapat menyayangi diri sendiri,” katanya yang kini berusia 28 tahun.
IU atau nama sebenarnya Lee Ji-eun membuat kemunculan pertama sebagai penyanyi pada 2007 ketika berusia 15 tahun. Dia baru sahaja melancarkan dua single terbaharu berjudul Lilac dan Coin.