Agensi A2Z Entertainment mendedahkan bahawa penyanyi popular, Ailee sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan Choi Si Hun dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.
Pada bulan Mac 2024, A2Z Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status perhubungan penyanyi dari Korea Selatan, Ailee. Kenyataan itu berbunyi, “Ailee sedang bercinta dengan seorang lelaki bukan selebriti,” dan menambah bahawa “beliau diperkenalkan kepada lelaki tersebut oleh seorang kenalan dengan niat untuk berkahwin pada tahun hadapan.”
Pada 14 Mei 2024, agensi Ailee sekali lagi mengesahkan hubungan cinta antara Ailee dan Choi Si Hoon. Dalam satu kenyataan rasmi, mereka berkata, “Memang benar Ailee sedang bercinta dengan Choi Si Hun.” Kenyataan ini mengejutkan peminat yang tidak menyangka percintaan yang terjalin di antara mereka. Choi Si Hun dikenali ramai sebagai peserta popular dalam musim pertama rancangan temu janji Netflix Korea, “Single’s Inferno” dan juga merupakan seorang model dan pelakon yang telah terlibat dalam beberapa projek seperti Cafe Kilimanjaro (2020) dan The New Employee (2022).
Pada tahun 2023, Choi Si Hun pernah berkongsi gambar di akaun Instagram rasminya, gambar tersebut berbunyi, “Menonton konsert Ailee yang saya kagumi dan menikmati minggu hari jadi yang bahagia bersama orang tersayang.” Ini menguatkan lagi khabar angin bahawa mereka sedang bercinta dan mempunyai rancangan untuk berkahwin.
Berita tentang hubungan mereka telah mendapat reaksi positif daripada peminat di seluruh dunia. Mereka mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan kepada pasangan ini. Ailee dan Choi Si Hun juga menerima banyak mesej sokongan di media sosial, menunjukkan betapa besar cinta dan sokongan yang mereka terima daripada peminat.
Dengan pengesahan daripada agensi Ailee mengenai hubungan mereka, para peminat boleh menjangkakan bahawa pasangan ini akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Ailee yang juga terkenal dengan nyanyian lagu-lagu runut bunyi drama Korea yang popular seperti “Guardian: The Lonely and Great God” dan “Doom at Your Service”, menerima kata-kata positif daripada peminat yang mendoakan kebahagiaannya bersama Choi Si Hun.
Kini, dengan perancangan untuk mendirikan rumah tangga, pasangan ini dilihat semakin bahagia dan bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan mereka. Para peminat boleh menjangkakan lebih banyak berita gembira daripada Ailee dan Choi Si Hun dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: Sudah Jodoh, 7 Selebriti Korea Ini Berkahwin Dengan “Orang Biasa”