Seorang lelaki dijumpai mati di sebuah kondominium di Ampang Utama kelmarin setelah diserang sakit jantung akibat daripada pergelutan dengan isterinya yang merupakan seorang penyanyi popular lewat tahun 90-an. Mangsa, Mohd Khairul Azmi Jaafar, 39, seorang ejen jualan langsung, telah pergi ke rumah isterinya, Nouri Ramli @ Norin Ramli, 39, untuk melawat anak mereka selepas tinggal berasingan sejak setahun lalu. Dia turut meluahkan rasa rindu terhadap anaknya kepada rakan baiknya sebelum ditemui mati.
Gambar: facebook
SNSD MAKIN CANTIK KERANA PEMBEDAHAN PLASTIK? >>
Sebaik sahaja tiba di rumah isterinya, perbalahan dan pergelutan berlaku di antara mangsa, isteri dan dua orang anak saudara isterinya, sehingga mangsa pengsan dengan keadaan kedua-dua tangan dan kaki terikat sebelum dia disahkan meninggal dunia. Pertelagahan dipercayai berpunca rasa tidak puas hati mengenai hak penjagaan anak.
Gambar: facebook
ATLET KACAK DIDAKWA BUNUH TEMAN WANITA >>
Pihak polis telah menerima panggilan pada jam 7 malam untuk memaklumkan kejadian. Setelah usaha untuk menyelamatkan mangsa gagal, mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat. Isteri mangsa yang merupakan seorang penyanyi yang popular dengan lagu berirama latin dan pernah memenangi Anugerah Penyanyi Baru Terbaik di dalam Anugerah Industri Muzik, kini ditahan bersama dengan dua orang anak saudaranya untuk soal siasat.