“Nampaknya Justin Joseph atau J $tash menembak dan membunuh teman wanitanya sebelum mengacukan pistol di kepala sendiri dan meragut nyawanya,” jelas Leftenan Derrick Alfred dari Jabatan Syerif Los Angeles.
“Kesemua kanak-kanak itu berada di dalam rumah tetapi tidak menyaksikan insiden tersebut. Mereka hanya mendengar bunyi tembakan sebelum menghubungi polis.”
Pihak berkuasa mendapat panggilan mengenai kemungkinan kes keganasan rumah tangga sekitar jam 7.15 pagi pada 1 Januari lalu sebelum menemui seorang lelaki dan wanita dalam keadaan tidak bernyawa.
“Mangsa wanita mengalami beberapa luka tembakan manakala si lelaki pula mengalami luka tembak di kepala yang jelas bermotifkan bunuh diri. Sepucuk pistol dijumpai di lokasi kejadian,” tambah kenyataan tersebut.