Pencetus trend fesyen dan budaya generasi muda, Pepsi® dengan rasminya mengumumkan PEPSI X BLACKPINK, salah satu kumpulan K-Pop wanita paling popular di dunia sebagai duta jenamanya yang terbaru untuk rantau Asia Pasifik.
Blackpink yang dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Rosé and Lisa bekerjasama dengan Pepsi® dalam kempen terbaru PEPSI X BLACKPINK, “Go All In For What You Love” yang menggalakkan Generasi Z agar menjadi lebih berani dan bersedia untuk menempuh apa jua cabaran yang menjadi batu penghalang dalam usaha mereka mencapai cita-cita kehidupan mereka.
Bagi mengukuhkan lagi kerjasama ini, sebuah filem iklan terbitan bersama oleh Pepsi® dan BLACKPINK turut dilancarkan, yang merupakan satu catatan bersifat yakin, jelas lagi tajam, mengisahkan usaha serta kehidupan keempat-empat ahli kumpulan berkenaan.
Ketua Pemasaran Minuman PepsiCo, Jennifer Lee menambah, “Pepsi® x BLACKPINK akan melancarkan produk Pepsi edisi terhad di semua kedai 7-11 yang mengambil bahagian di Malaysia dan Singapura, di mana empat personaliti BLACKPINK akan ditampilkan pada rangkaian produk kolaborasi ini, yang mengetengahkan penampilan gaya bersikap berani dan menonjol.
Selain daripada itu, pelancaran kempen ini akan dilakukan secara menyeluruh bagi meningkatkan kesedaran mengenai jenama menerusi pelbagai platform media. Ada pelbagai kejutan yang akan diumumkan mulai pertengahan Januari 2021, yang menawarkan hadiah-hadiah menarik dan banyak lag!
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman media sosial : Pepsi Malaysia (MY), Instagram: @pepsimy, atau YouTube: Pepsi Malaysia.
Baca: Giliran Lisa dan Rose Blackpink Tampil Dengan Lagu Solo