Tabitha Ariel Lam, nama panjang yang mungkin kedengaran asing, namun ramai lebih mengenalinya sebagai Tabby, salah seorang kumpulan DOLLA.
Sejak kecil, Tabby sudah menunjukkan bakat dan minat dalam dunia seni suara. Pada usia 7 tahun, deretan kelas vokal mula menjadi rutin selepas ibu bapanya menyedari minatnya yang tidak pernah lekang dengan nyanyian.
Dari pentas musikal dan persembahan amal, hinggalah ke pengalaman antarabangsa, gadis berusia 25 tahun membawa aura manja yang lahir daripada kasih sayang keluarga serta sokongan tanpa henti terhadap impian muziknya.
Selepas menamatkan persekolahan, Tabby melanjutkan pengajian di Taylor’s University, mengambil major dalam perniagaan dan minor dalam psikologi. Pilihan itu bukan kebetulan dimana sejak awal dia sudah meletakkan sasaran untuk menandatangani label dan menjadi artis, namun tetap menyediakan ruang akademik sebagai sandaran.
Jom baca temu bual eksklusif EH! bersama Tabby Dolla.
Bagaimana Tabby menggambarkan personaliti dalam satu perkataan?
Saya seorang yang bubbly!
Apa satu perkara yang mungkin mengejutkan peminat tentang diri Tabby?
Ramai tak tahu sebenarnya saya seorang “homie girl”. Saya jarang keluar rumah, lebih suka habiskan masa dengan menonton anime, main game, dan sekadar chill di rumah.
Jika bukan dalam bidang muzik, apa yang Tabby rasa akan lakukan hari ini?
Saya mungkin akan menjadi seorang ahli psikologi kerana saya mempunyai latar belakang pengajian dalam bidang tersebut.
Apa tabiat ahli kumpulan lain yang Tabby diam-diam kagumi?
Soalan ini agak sukar, tapi saya rasa wajah Sabronzo! Sebab dia sentiasa pandai menceriakan suasana dan buat orang ketawa.
Apakah momen paling berharga sepanjang perjalanan Tabby setakat ini?
Sudah tentu konsert solo pertama DOLLA di Zepp KL pada Ogos 2024. Ia sangat magikal, melihat semua peminat bersama-sama menyokong dan berkongsi impian, benar-benar sesuatu yang luar biasa.
Bagaimana Tabby menggambarkan gaya peribadi berbanding gaya di pentas?
Sangat berbeza sebenarnya (ketawa). Gaya peribadi saya lebih selesa seperti cozy, soft girl vibe. Tetapi di pentas, saya cuba gabungkan identiti DOLLA, mix and match gaya pastel lembut dengan sisi baddie yang lebih bold.
Apa ritual yang Tabby lakukan sebelum membuat persembahan?
Saya akan pastikan untuk “hit the note” kerana biasanya saya pegang bahagian vokal nota tinggi. Jadi saya akan berlatih beberapa kali sebelum naik ke pentas dan sudah tentu ditemani sedikit hirupan kopi.
Bagaimana Tabby recharge selepas jadual yang padat?
Saya suka pulang dan berehat di rumah. Kadang-kadang saya buat aktiviti santai seperti “healing”, camping atau sekadar café hopping.
Apakah impian kolaborasi utama Tabby?
Ariana Grande dan Tate McRae.
Jika Dolla boleh menjadi artis utama di mana-mana pentas dunia, di mana Tabby mahu?
Dulu impian saya ialah Coachella, tetapi selepas menonton Lollapalooza baru-baru ini, saya rasa pentas itu sangat sesuai. Ia akan jadi peluang luar biasa untuk DOLLA menunjukkan kemampuan kami kepada dunia.
Apa makna kecantikan bagi Tabby, selain solekan dan pakaian?
Bagi saya, kecantikan bukan sekadar penampilan luaran. Ia lebih kepada bagaimana kita melayan orang lain, cara kita membawa diri, serta sifat penyayang dan kebaikan hati. Itulah kecantikan sebenar dari dalam.
Siapa atau apa yang paling mempengaruhi kreativiti Tabby ketika ini sama ada muzik, seni atau gaya?
Tate McRae! Dia ikon pop baharu yang sangat berbakat. Saya rasa dia bakal jadi penerus legasi bintang pop seperti Pussycat Dolls dan Britney Spears.
Bagaimana Tabby berharap untuk mentakrifkan semula maksud menjadi wanita moden dalam muzik dan fesyen?
Saya harap melalui DOLLA dan juga usaha individu saya, kami dapat memberi inspirasi kepada wanita muda dalam muzik, fesyen dan kecantikan. Penting untuk percaya pada diri sendiri, meraikan perbezaan dan tidak membiarkan orang lain menentukan hala tuju anda.
Dalam 10 tahun akan datang, bagaimana Tabby mahu dikenang?
Saya pasti ramai akan kata mahu dikenang sebagai bintang pop di pentas, tapi bagi saya, legasi DOLLA ialah membuka jalan kepada generasi baharu muzik pop Malaysia. Bahasa bukan halangan dan kini, muzik Melayu boleh menembusi pasaran antarabangsa. Jika kami mahu memberi inspirasi kepada orang muda untuk terus berkarya, itu sudah cukup bermakna.
Apa perkara paling penting dalam persahabatan?
Bagi saya, kompromi sangat penting. Sebagai anak tunggal, saya banyak belajar tentang kompromi setelah bersama DOLLA. Saya belajar memahami tabiat dan sikap orang lain, dan menyedari setiap tindakan memberi kesan kepada yang lain. Mereka kini seperti adik-beradik yang saya tak pernah ada sebelum ini.
Baca:
Rapid Questions Bersama Tabby Dolla
Angel DOLLA Mendereti Impian Masa Depan
“Sentiasa Ada Untuk Satu Sama Lain, Persahabatan Itu Kena Ada Tolak Ansur” – Sabronzo, DOLLA