Perceraian memberi kesan mendalam pada kehidupan seseorang, tetapi di Bollywood, ia turut memberi kesan buruk pada akaun bank.
Dalam dunia dipenuhi glamor dan kemewahan, lelaki berpoket tebal kebiasaannya perlu membayar sejumlah besar alimoni kepada bekas isteri. Bukan itu sahaja, ada yang terpaksa menyerahkan rumah agam mewah dan membiayai pendidikan anak-anak yang mahal, semuanya disebabkan perceraian.