Adakah hubungan Bella Astillah & Syed Saddiq benar-benar percintaan atau sekadar kerjasama profesional? Itu masih menjadi tanda tanya, tetapi keakraban mereka jelas menarik perhatian ramai.
Bella Astillah dan Syed Saddiq mula bergandingan sebagai duta dalam kempen baju raya Primavalet sempena Aidilfitri pada Disember 2024. Sejak itu, mereka semakin kerap dilihat bersama dalam pelbagai aktiviti, termasuk mendaki Gunung Kinabalu dengan memakai busana tradisional.
Sebelum pasangan BASS (Bella Astillah & Syed Saddiq), Primavalet pernah membuat kolaborasi bersama pasangan Fattzura (Fattah Amin & Fazura) sekitar tahun 2017. Hubungan kolaborasi itu panjang hingga ke jinjang pelamin dan ramai peminat mendoakan jodoh yang serupa kepada pasangan BASS.
Coret manis dan ‘shipping’, EH! imbas kembali momen pasangan BASS, Bella Astillah & Syed Saddiq:
1. Mendaki Gunung Kinabalu
Pendakian mereka yang bermula pada 23 Januari 2025 mengambil masa sekitar enam jam untuk sampai ke Laban Rata sebelum meneruskan perjalanan ke puncak pada jam 3 pagi keesokan harinya.
Bella dan Syed Saddiq menarik perhatian bukan sahaja kerana kejayaan mereka, tetapi juga kerana mendaki dengan memakai pakaian tradisional – Syed Saddiq dalam baju Melayu lengkap dengan samping dan songkok, manakala Bella mengenakan baju kurung hijau.
Kemesraan mereka semasa pendakian turut membuatkan netizen mula “shipping” mereka, malah ada yang bergurau bertanya tentang tarikh perkahwinan mereka.
2. Berenang Demi Bella
Ahli Parlimen Muar sekali lagi menarik perhatian ramai apabila beliau berenang merentasi laut dalam keadaan hujan demi bertemu dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah.
Dalam video yang tular, Syed Saddiq berenang merentasi laut dalam keadaan hujan dengan lagu “Sumpah Dan Cinta Matiku” oleh Nidji sebagai latar. Tindakan ini seakan menggambarkan bait lirik lagu “You Are The Reason” oleh Calum Scott yang berbunyi, “I’ll climb every mountain, and swim every ocean…”.
Video tersebut telah meraih lebih 6.3 juta tontonan di TikTok dan 2.7 juta tontonan di Instagram, mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat dan netizen.
3. Dating Sukiya
Sebuah video tular menunjukkan mereka menikmati makanan bersama di sebuah restoran. Dalam video tersebut, Bella dilihat sedang berbicara dengan Syed Saddiq di Sukiya dan kemudian singgah membeli pencuci mulut Häagen-Dazs, satu tindakan yang dianggap manis oleh para peminat.
4. Potong rambut
Antara ‘hint’ yang membuatkan semua orang tidak keruan apabila Syed Saddiq memotong rambutnya untuk seorang wanita! Ya, lelaki – 100% hanya akan potong rambut jika dia ingin memikat wanita diinginya.
Perubahan imej ini berlaku dalam sesi “makeover” yang dilakukan oleh Bella, yang turut memilih pakaian baharu untuk Ahli Parlimen Muar itu. Kapsyen ‘Kena paksa gunting rambut ala korea versi @bellaastillah’. Sungguh sweet!
5. Parlimen
Kehadiran Bella dalam arena politik menambah lagi spekulasi mengenai hubungan mereka, yang sudah menjadi perbualan hangat di media sosial.
Melawat bersama anak sulung Bella, Ayden Adrean di Parlimen pada bulan Febuari, Ayden sempat memanggil Syed Saddiq sebagai ‘Dad, here dad (ayah, di sini ayah),”’.
Celotehnya yang petah ketika berbicara dengan ahli Parlimen lain turut menarik perhatian, menyerlahkan kepandaiannya.