Kanye West kini dilaporkan berdepan saat sukar dalam hidup dan beberapa peminat fanatik mengambil satu langkah ke hadapan untuk membantunya.
Menurut AllHipHop, beberapa kempen telah dilancarkan di GoFundMe dengan satu matlamat yang sama: Untuk mengumpul dana demi membantu Kanye meraih semula status bilionairnya.
Percubaan itu dilihat gagal setelah GoFundMe memadam kempen ‘Make Kanye West a Billionaire Again’ selepas ia mengumpul USD5 (RM23.70). Bagaimanapun beberapa kempen lain masih lagi aktif.
Dengan kejatuhannya, Jay-Z kembali bergelar penyanyi rap terkaya di dunia (USD1.5 bilion) diikuti dengan Sean ‘Diddy’ Combs (USD1 bilion). Kanye hanya berada di tangga ketiga.