Minggu lalu Forbes melaporkan nilai kekayaan pelantun lagu Hurricane itu merudum dari USD2 bilion (RM9.4 bilion) kepada USD400 juta (RM1.9 bilion) selepas Adidas menamatkan kerjasama mereka.
Selepas mendapat tekanan daripada pelbagai pihak, jenama tersohor dari Jerman itu mengakhiri hubungan perniagaan dengan Kanye disebabkan kenyataan anti-Semitiknya.
“Adidas tidak bertolak ansur dengan anti-Semitisme dan apa juga jenis kenyataan berbaur kebencian.
“Komen dan tindakan Ye baru-baru ini tidak boleh diterima, penuh kebencian dan membahayakan. Ia juga melanggar nilai syarikat yang merangkumi kepelbagaian, inklusiviti, saling menghormati dan kesaksamaan,” kata jenama itu dalam satu siaran akhbar.