Kanye berdepan kecaman teruk setelah memberi komen anti-Semitik, melemparkan kata-kata kebencian, dan mendakwa kematian George Floyd berpunca daripada fentanyl walaupun telah disabitkan sebagai pembunuhan.
CNN melaporkan minggu lalu bahawa rakan-rakan penyanyi berusia 45 tahun itu telah lama menyedari ketaksubannya terhadap pemimpin Nazi, Adolf Hitler. Beberapa sumber terdekat mendakwa dia hampir menamakan albumnya pada 2018 sebagai Hitler.
Sebelum Adidas, beberapa syarikat telah menamatkan kerjasama dengan Kanye termasuk Balenciaga, Foot Locker, Gap, agensi bakat Creative Artists Agency, firma produksi MCR dan majalah tersohor Vogue.
Menurut Newsweek, ini bukanlah kali pertama peminat cuba membantunya dari segi kewangan. Pada 2016, orang ramai berjaya mengumpul hampir RM50,000 (RM237,050) setelah bapa kepada empat cahaya mata itu mengumumkan dia hampir muflis.