Gambar: Instagram Rozita Che Wan
Baru-baru ini, dilihat melalui akaun Instagram Rozita Che Wan, atau lebih dikenali Che Ta sedang bercuti bersama suami Zain Saidin serta anaknya, Aaisyah Dhia Rana di kota London. Menurut laporan BH Online, percutian ke London ini adalah demi menyambut hari lahir pertama anak mereka Aaisyah Dhia Rana yang bakal genap 1 tahun tidak lama lagi.
Bahkan, majlis sambutan hari lahir Aaisyah juga bakal diadakan di ibu kota nanti dengan bertemakan Enchanted Garden Party. Eksklusifnya lagi, Che Ta membawa jurugambar bersama mereka kala bercuti kali ini. “Senang cerita, kita bercuti ini cukup pose sahaja dan ada orang ambilkan gambar. Nak harap ambil gambar sendiri, nanti macam-macam boleh jadi dan serba tak kena. Gambar sengetlah …itulah …inilah. Tak payah nak pegang telefon bimbit atau kamera. Kita serahkan kepada yang pakar,” katanya kepada BH Online.
EH! kongsikan gambar percutian Rozita Che Wan, Zain Saidin dan Aaisyah Dhia Rana di kota London.
[soliloquy id=”90299″]