Bakal chef, Brooklyn Beckham dan pelakon, Nicola Peltz kini secara rasminya bergelar suami isteri.
Perkahwinan mereka berlangsung dalam satu majlis serba mewah Sabtu lalu di hartanah menghadap laut milik keluarga Nicola di Palm Beach, Florida yang bernilai RM435 juta.
Pengantin perempuan tampil anggun dalam gaun tanpa lengan rona putih bersama vel labuh sedondon rekaan Valentino manakala pengantin lelaki pula segak dalam sut hitam berserta ketayap Yahudi.

