Pasangan itu berkahwin dalam satu upacara tradisional Yahudi demi memberi penghormatan kepada bapa Nicola, Nelson Peltz yang berbangsa Yahudi. Brooklyn juga mempunyai darah kacukan yang sama dari belah bapanya, David Beckham.
Walau sekadar merealisasikan perkahwinan idaman mereka, keluarga Brooklyn dan Nicola dikritik kerana sanggup membazirkan sehingga RM15 juta untuk majlis tiga hari.
Ramai pengguna Twitter beranggapan mereka mahu menayang kemewahan dan ada juga yang berpendapat wang sebanyak itu lebih baik dibelanjakan untuk membantu mereka yang memerlukan.
