Namun tidak semua pengguna media sosial mempunyai pendapat yang sama. Ramai beranggapan keluarga Brooklyn dan Nicola bebas membelanjakan wang hasil titik peluh mengikut kehendak mereka.
Sesetengahnya meluahkan rasa kagum kerana pasangan itu membelanjakan wang yang banyak, membantu peniagaan tempatan yang sebelum ini terkesan dengan pandemik Covid-19.
“Siapa peduli tentang jumlah wang yang mereka belanjakan? Fikirkan semua vendor dan pekerja yang mendapat manfaat daripada majlis perkahwinan ini,” tulis seorang pengguna Twitter.
Seorang lagi menambah, “Wang itu digunakan untuk membayar katering, pelayan, pekerja pemindahan, syarikat penyewaan khemah, semua pihak yang cuba bangkit selepas terjejas teruk akibat Covid-19. Ia akan berpindah tangan kepada mereka yang memerlukan.”
Foto: Getty Images
Baca: Brooklyn Beckham & Nicola Peltz Bakal Bersatu Dalam Satu Majlis Perkahwinan Mewah